TIN /POKOK ARA Pengenalan Pokok Ara ( ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800 spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili moraceae. Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.Genus ini termasuk satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi Wonderboom. Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan tunas. Khasiat dan kegunaan Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak) terhindar dari bahan-bahan keracunan Melicinkan tekak dan dada , mencuci hati dan jantung m,embersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus. Jika dimakan masih basah menghilangkan penyakit buasir.Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid dan polifenol. [1]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [2] Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar DELIMA Nama botani: Punica grantum Buah Delima yang dikenali sebagai “ Buah dari syurga â€,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi di halaman syurga. Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang lain. Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini dikenali sebagai “Polyphenol†. Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida berbanding “Green Teaâ€. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan bakteria). Salah satu bahan utama yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri bak delima. Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar. Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman. (dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi) Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut. Namun begitu terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka. TERUNG PIPIT Nama botani: Solanum tarvum Famili: Solanaceae Pengenalan Pokok renek yang tumbuh tegak hingga 3 meter tinggi, banyak cabang, duri pada batang daun dan tangkai bunga. Daun ringkas bersusun selang seli.Bunga dalam jambak kecil, bercabang mempunyai 50-100 bunga.Buah jenis beri, kecil berwarna hijau dan hijau muda. Terung pipit gemarkan tanah yang lembap dan tidak terlalu basah. Pembiakan melalui biji atau diasingkan bahagian tunas berakar. Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah Antilles. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin BI. Terung pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Khasiat dan kegunaan Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur untuk dibuat ulam. Seluruh bahagian ditumbuk lumat cecairnya digunakan sebagai penawar bisa ular dan gigitan serangga.Buah dimakan untuk melegakan sakit perut. Daun yang ditumbuk lumat cecirnya disapi pada kulit terbakar.Akar yang ditumbuk lumat disapu pada kulit pada kaki yang retak, tempat yang bengkak untuk hilangkan sakit dan supaya darah dapat beredar dengan baik juga demam panas,pitam dan sawan. TENGGEK BURUNG Nama botani: Euodia redlevi Famili: Rutaceae Pengenalan Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup. Khasiat dan kegunaan Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan. AKAR MENGKUNYIT Nama botani: Coscinumm Blumeanum Famili: Pengenalan Mengkunyit ialah sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan panjang berukuran 7 x 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas dan mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya. Khasiat dan kegunaan Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang berkesan dalam perubatan tradisional melayu. Herba ini dapat menghilangkan gatal-gatal di muka, kulit kepala dan hidung, sering bersin dan hidung berair, berjerawat di muka, gatal-gatal di kuku kaki dan tangan. Ia juga mengandungi kesan antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan kulat. Kandungan flavanoid yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan fungsinya bertindak sebagai anti oksida yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain. Satu lagi kelebihan herba ini ialah membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh yang melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan sendi. TURI / GETI Nama botani : Sesbania grandiflora Famili: Lenguminasae Pengenalan Asalnya, pokok ini adalah tumbuhan yang meliar di hutan, namun disebabkan kecantikan banyak ditanam sebagai hiasan. Bunganya berwarna merah atau putih bergantung kepada spesies dan berbentuk seperti paruh burung. Buah dalam bentuk seperti kacang panjang yang mana ia meletup apabila masak. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini berbatang lurus dan banyak dahan serta boleh mencapai tahap ketinggian tiga hingga lima meter. Khasiat dan kegunaan Dalam perubatan berasaskan herba, pucuk atau daun muda turi lebih banyak digunakan kerana dikenal pasti sebagai mempunyai khasiat. Mengikut kajian, setiap 100 gram daun muda yang dimakan, ia mengandungi 77.2g air, 8.4mg protein, 1.1g lemak, 9.7g karbohidrat, 1.8g serat dan 181mg kalsium. Selain itu, ia juga menyimpan 29mg fosforus, 0.3mg ferum, 23mg natrium, 356mg kalium, 0.6mg vitamin B1, 0.71mg vitamin B2 dan 11mg vitamin C serta 2.4mg niasin. Kandungan zat-zat tertentu yang penting untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun muda turi membuktikan bahawa herba ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk manusia. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, masyarakat Melayu sebelum ini menjadikan daun dan bunga turi sebagai sayur atau ramuan masak gulai. Rebusan akar pokok turi selalunya diminum untuk mengurangkan batuk dan membuang kahak.Kulit muda batang pokok turi juga mempunyai khasiat tersendiri iaitu dengan meminum rebusannya. Air rebusan kulit pokok turi boleh melegakan demam dan pening kepala. PERIA Nama botani: Momordica charantia L. Famili: Cucurbitaceae Pengenalan Ia banyak terdapat di kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di kebun tetapi kadang-kadang hidup liar. Pokok peria memanjang menggunakan sulur paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara bunganya berwarna kuning. Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda. Selain dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh digunakan sebagai perisa makanan. Bagi mengurangkan rasa pahit, biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air garam. Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan 56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg), fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Khasiat dan kegunaan Buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang berkesan untuk membersihkan darah. Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. Peria juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan mematikan cacing. Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka. Daun peria yang ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan gatal akibat campak. Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah membuang air besar. (Zainal Abidin, kurator muzium Negara). KADUK/ SIRIH DUDUK Nama botani: Piper sarmentosum Roxb. Famili: Piperraceae Pengenalan Herba jenis memanjat yang terdapat di kawasan iklim panas. Daunnya lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Pokok herba menjalar ini banyak terdapat di China sehingga ke Borneo, Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Jawa. Hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang. Khasiat dan kegunaan Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali, terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis. Menjadi pembuka selera apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan. Pucuk serta daun kaduk juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus. Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus diminum begitu saja. Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti (Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin) KANTAN Nama botani: Phaeomeria speciosa Koord Famili: Zingeberaceae Pengenalan Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan menggunakan rizomnya untuk pembiakan. Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril. Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik. Selalunya jambak bunga kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Khasiat dan kegunaan Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik, ikan bilis dan terung rembang. Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja. Kantan juga berkhasiat untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka. Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka. (Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin) TERUNG TELUNJUK Nama botani: Zingiber zerumbit. Famili: Zingeberaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Ia paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita. Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk menambah khasiatnya. Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian, lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. memberitahu, bahagian rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan. Untuk mendapatkan kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan, pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) GELENGGANG KECIL Nama botani: Cassia tora Famili: Leguminosae. nama lain: Gelenggang padang Pengenalan Khasiat dan kegunaan Selain mengubati sakit telinga juga boleh melegakan bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut. Herba ini juga berkhasiat mengurangkan suhu badan, melegakan sakit kaki, gout dan seliuh. Sakit telinga, biji gelenggang kecil digoreng tanpa minyak atau digoreng bersama pasir terlebih dahulu. Selepas digoreng, biji gelenggang itu ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia disapu atau dititikkan ke dalam telinga. Cara yang sama juga dilakukan bagi mengubati sakit gigi. Bagi sakit ulser mulut, daun gelenggang kecil direbus dan kemudian dikumur-kumurkan. Untuk mengurangkan suhu badan terutama ketika demam, air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan. Bagi sakit gout, bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) KELADI TIKUS Nama botani: Typhonium flagelliformae Nama lain: Birah keladi Khasiat dan kegunaan Mempunyai khasiat tinggi yang mampu mencegah seseorang daripada dijangkiti kanser atau mengelakkan penyakit itu daripada merebak. Caranya ialah dengan merebus ubi keladi tersebut dan kemudian meminum sedikit airnya. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum sedikit sahaja iaitu antara dua atau tiga sudu setiap hari.. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap PECAH BELING / LIDAH JIN Nama botani: Strobilanthes Crispus Famili: Acanthaceae. Pengenalan Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik Khasiat dan kegunaan Selepas dibersihkan, pokok itu yang dicabut keseluruhan batang dan akarnya boleh direbus selama kira-kira 10 minit. Biarkan ia mendidih sehingga air yang digunakan berkurangan satu pertiga daripada paras awal. Selepas air rebusan menjadi suam, bolehlah ia diminum. Ia mujarab jika selalu diamalkan. Selain mengurangkan komplikasi sakit darah tinggi, kencing manis dan batu karang, pecah kaca juga membantu merawat gejala kencing tidak lawas. KELADI KEMOYANG Nama botani: Homalomena pendula Famili: Araceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Membantu mempermudahkan ibu-ibu bersalin pokok keladi kemoyang selalu dijadikan selusuh oleh ibu dan bakal-bakal ibu. selalunya seluruh pokok termasuk daun dan akarnya direbus sebelum air rebusan diminum oleh wanita yang akan bersalin. Pengambilan rebusan pokok keladi kemoyang ini biasanya dilakukan beberapa minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Air rebusan ini boleh membantu proses kelahiran bayi malah kadang-kadang ibu-ibu tidak perlu terlalu meneran ketika bersalin. Daun keladi kemoyang juga selalu dijadikan ramuan mandian lepas bersalin di samping dijadikan alas tungku. Keladi kemoyang turut digunakan untuk mengubati kembung perut iaitu dengan melayurkan daunnya di atas api sebelum ditekapkan dan dibalutkan pada perut. Sebelum dilayur dan ditekapkan di atas perut, daunnya perlu disapukan dengan minyak terlebih dahulu. Selain itu, pokok keladi kemoyang yang dihancurkan boleh menghilangkan bau hanyir ikan. (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap) KEEMBONG Nama botani: Impatiens balsamina Famili: Balsaminaceae Pengenalan Keembong selalunya dijadikan pokok hiasan di halaman rumah. pokoknya mempunyai bunga berwarna merah seakan-akan bunga ros serta mengeluarkan buah yang meletup selepas masak.khasiat dan kegunaan Boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil. Daun dan bunga keembong boleh digunakan untuk merawat cagu atau kuku bernanah, menghentikan perdarahan luka dan melegakan bisa gigitan binatang. daun keembong ditumbuk lumat dan ditampalkan pada cagu jari kaki atau kuku jari tangan yang bernanah untuk mengurangkan sakit. Cara yang sama juga digunakan iaitu menampal dan membalut daun yang telah lumat pada luka untuk menghentikan perdarahan. Daun tersebut perlu dibiarkan sehingga kering sebelum digantikan dengan daun lumat yang baru sebagai rawatan susulan. Bagi mengurangkan sakit akibat bisa gigitan binatang, bunga keembong dikunyah sehingga hancur dan berlendir sebelum ditampal pada tempat gigitan. Sebelum menampalkan bunga yang telah dikunyah, bisa tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan memicit tempat gigitan sehingga darah terhenti. Bagaimanapun, proses itu cuma untuk mengurangkan kesakitan akibat bisa binatang tersebut sementara menunggu rawatan rapi. (Tajuddin abd. Manap,Pegawai laboratori fitoubatan upm) ATI-ATI Nama botani: Solesnostemon secutellaroides Famili: Labiate. Pengenalan Pokok ini dikategorikan sebagai herba saka yang mempunyai batang lembut sukulan dan boleh mencapai ketinggian satu meter. Dijadikan pokok hiasan kerana daunnya yang cantik berwarna merah hati keunguan. Pokok ati-ati kacukan pula mempunyai daun berwarna-warni. Khasiat dan kegunaan Selain mengubati bisul, daun ati-ati juga boleh melegakan sakit kepala, demam, batuk, lelah dan bengkak. Bagi melegakan sakit bisul, daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu sebelum ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul. Daun tersebut kemudian dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Langkah tersebut diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri. Selain mengurangkan sakit akibat denyutan, daun lumat yang ditampal membantu memecahkan bisul dengan sendiri apabila ia sudah kering dan keras. Langkah yang sama juga perlu dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan bengkak. Untuk melegakan demam dan sakit kepala, daun yang telah dilumatkan dilekap dan diikat dengan kain pada dahi. Bagi sakit batuk dan lelah pula, sekeping daun ati-ati perlu dilayur di atas api dan dicampurkan kapur makan pada permukaan daun. Daun yang masih panas itu kemudian ditampal dan dibalut di leher. Langkah ini perlu diulang beberapa kali. SIREH Nama botani: Piper batle L. Famili: Piperaceae Pengenalan Tumbuhan atau pokok renek yang memanjat dengan daunnya berbentuk lonjong lancip ke bawah. Ia mempunyai peranan, daya tarikan dan kegunaan yang tersendiri dalam kehidupan dan tradisi masyarakat. Khasiat dan kegunaan Sesetengah orang memakannya begitu saja bersama-sama pinang, gambir dan kapur yang mana pemakanannya turut dikaitkan dengan penjagaan gigi. Sirih juga menjadi salah satu barangan utama sebagai tanda adat ketika upacara merisik, meminang, pertunangan dan pernikahan. Di sebalik itu, sirih juga sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri yang disedari atau tidak disedari oleh masyarakat selama ini. Khasiatnya ialah merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tidak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan serta bau mulut. Untuk melegakan sakit perut dan menghilangkan bau badan serta bau mulut, lima atau enam helai daun sirih perlu direbus terlebih dahulu. Ambil segelas air rebusan itu dan kemudian dikumur-kumurkan. Segelas lagi diminum dua kali sehari iaitu pada pagi dan petang. Bagi masalah hidung berdarah kerana kepanasan, sehelai daun sirih digulung dan dimasukkan ke dalam hidung selama setengah jam. Pesakit perlu bernafas menggunakan mulut dan mendongakkan kepala ketika duduk. Untuk mengatasi masalah kegatalan mata, tiga atau empat helai daun sirih direbus dan kemudian air rebusan yang telah suam atau sejuk disimbahkan ke mata serta diulangi tiga kali sehari. Manakala, bagi sakit kembung perut, beberapa helai daun sirih ditumbuk halus dan dilumatkan atau dilekatkan pada perut. Dengan memakan daun sirih bersama-sama buah pinang boleh melawaskan kencing. Sementara itu, selain mengubati penyakit, sirih boleh menghalau semut jika daunnya yang diracik-racik diletakkan di laluan mereka. JAMBU BATU / BIAWAS Nama botani: Psidium guajava L. Famili: Myrtaceae Pengenalan Khasiat dan kegunaan Daun jambu batu juga digunakan untuk mengubati kudis, ruam, seriawan mulut (ulser) dan kencing manis. Bagi masalah jerawat, satu atau dua genggam pucuk muda direbus terlebih dahulu dan kemudian dilap atau disapukan pada muka menggunakan tuala putih bersih. Biarkan muka dibasahi air rebusan dan apabila sudah kering, basahkan semula tuala tersebut dengan air rebusan itu dan ulangi langkah tersebut. Pada waktu malam, ambil tuala yang dibasahkan dengan air rebusan yang masih panas atau suam, kemudian diperah separuh airnya sebelum ia tekapkan di muka selama lima minit. Kedua-dua kaedah itu perlu diulangi dua atau tiga kali. Ia lebih berkesan jika setelah selesai bahagian muka yang ditumbuhi jerawat digosokkan pula dengan ibu kunyit yang dibelah dua. Sambil cuba menahan kepedihan, gosokkan ku-nyit itu selama 10 minit sebelum dibilas atau dibasuh dengan air bersih. Bagi penyakit kudis dan ruam terutama yang banyak dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak, air rebusan pucuk muda dan daun matang direbus sebelum dijadikan air mandian ketika ia masih suam. Ia perlu dilakukan setiap kali mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan teruskan sehingga seminggu sebelum melihat hasilnya. Penyakit seriawan mulut dirawat dengan menggunakan air rebusan pucuk muda untuk berkumur-kumur dua atau tiga kali sehari. Sementara itu, bagi merawat kencing manis dan mengurangkan kolesterol, buah jambu batu muda atau mengkal ditumbuk kasar sebelum direbus dan airnya diminum dua kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur. KENANGA/ YLANG-YLANG Nama botani: Canangium adoratum Famili: Annonaceae Pengenalan. Dengan bunganya yang cantik dan wangi, kenanga menjadi pokok hiasan yang tidak asing lagi di Malaysia. CANANGA ODORATA dalam bahasa Latin dan dikatakan berasal dari Malaysia. Pokok ini boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara manakala spesies lain juga terdapat di Afrika. Di Malaysia, pokok ini banyak hidup meliar di hutan-hutan. Tingginya boleh mencapai 30 dan 35 meter. Batangnya lurus, berwarna kelabu asap dan terdapat dahan-dahannya yang agak melentur. Daunnya pula membujur tirus dengan tujuh hingga 23sm panjang dan empat hingga 10sm lebar. Bunganya berwarna kuning bergugus-gugus membentuk mahkota dikelilingi tiga helai daun hijau dengan jambak kembang enam kelopak. Di setiap jambak terdapat tujuh biji buah yang berbentuk bujur. Selain tarikan pada kecantikannya, bunga kenanga juga mempunyai kegunaan lain termasuk dalam perubatan berasaskan herba. Khasiat dan kegunaan Bunga kenanga berkhasiat mengubati sesak nafas, lelah dan malaria. Bagi sakit sesak nafas, segenggam bunga kenanga yang telah dibasuh bersih direbus dengan sedikit air sehingga masak. Ketika menggelegak, masukkan setengah sudu gula pasir dan tunggu sehingga tahap air berkurangan kepada satu pertiga daripada paras asal. Kemudian minum air berkenaan sedikit demi sedikit pada waktu pagi dan petang serta ulangi amalan ini terutama pada hari-hari diserang sesak nafas. Berbeza dengan kaedah terdahulu, penggunaan bunga kenanga untuk mengubati lelah dan malaria adalah lebih mudah. Ambil tiga kuntum bunga kenanga dan celurkan dalam semangkuk air panas selama kira-kira lima minit atau sehingga air menjadi suam. Buangkan kuntum-kuntum bunga tersebut dan kemudian minum air itu secara perlahan-lahan. Ulangi dua kali sehari. Sementara itu, bunga kenanga turut dijadikan ramuan untuk mandi bunga dan juga ramuan air mandian ibu-ibu lepas bersalin. LADA HITAM Nama botani: Piper nigrum L. Famili: Piperaceae Pengenalan Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. Di Asia Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia. Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba. Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya diminum. Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan air. Selepas masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah sembuh. Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi. Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas. SEKENTUT Nama botani: Paederia foetida Famili: Rubiaceae Pengenalan Mengeluarkan bau kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin. Ia merupakan pokok menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain. Khasiat dan kegunaan Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja. Dalam perubatan tradisional, daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi. Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda. Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas. Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut mujarab untuk membuang angin. Selain itu, juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi. Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus. Apabila air rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas lain. Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian.Untuk mereka yang kerap menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh diamalkan. Manakala bagi sakit perut dan bisa-bisa sendi, ia tidak perlu diulangi selepas penyakit berkenaan sembuh. BAWANG MERAH Nama botani: Allium cepa L. Famili: Liliaceae Pengenalan Bawang merah kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik). Ia digunakan dalam Ayurveda iaitu seni perubatan terkenal di kalangan masyarakat India yang percaya ia mempunyai khasiat tinggi mengubati pelbagai penyakit. Khasiat dan kegunaan Dalam buku Indigenous Drugs of India, dinyatakan bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak termasuk bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit. Dalam amalan tradisional, bawang digunakan untuk menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya ialah menampal bawang merah yang dilumatkan terlebih dahulu ke muka setiap hari. Sudah bertahun-tahun lamanya jus bawang merah didapati berkesan untuk mengubati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas di merata negara. Selain itu, beberapa kajian membuktikan ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecah lemak dalam badan. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan hipertensi, kandungan gula yang tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam darah. Sesetengah pakar herba mendakwa penggunaan bawang merah juga boleh menghilangkan ketuat dan juga bertindak sebagai bahan diuretik. Diuretik adalah ubat penambah air kencing dengan menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. Ia digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma. Dalam pada itu, bawang merah turut boleh mengubati sakit demam, angin dalam badan, luka, bisul, telinga bernanah dan mengubati buasir. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, untuk demam dan angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan sedikit minyak kelapa. Selepas itu ia dilumurkan di kepala untuk melegakan demam atau disapukan di perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam badan. Air perahan atau jus bawang merah pula disapu pada tempat luka dan di sekeliling bisul atau dititikkan ke telinga. Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu. Kemudian ditekapkan di lubang dubur dan diulangi beberapa kali. Memakan mentah atau meminum jus bawang merah, ia boleh mengubati kencing manis, batuk dan selesema serta membuang kahak dari saluran bronkial. RUMPUT SAMBAU Nama botani: Eleusine indica Famili: Gramineae (Poaceae) Pengenalan Khasiat dan kegunaan Rumput sambau dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin di samping dapat membantu mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan kencing. Selain itu, ia juga dikatakan boleh melega dan mengubati luka dan bisul. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, seluruh pokok rumput sambau boleh direbus untuk dijadikan air mandian ibu-ibu yang baru bersalin. Boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain. Untuk penjagaan perut wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan beras. Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut dan selepas itu dibalut. Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula diperlukan untuk mengurangkan kembung perut, mengubati demam kuning, mengatasi masalah cacing dan melawaskan kencing. Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras asal. Untuk mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum dibalutkan pada bahagian berkenaan. Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut yang dialami berkurangan. BAYAM DURI/ BAYAM HUTAN Nama botani: Amaranthus spinosus Famili: Amaranthaceae. Khasiat dan kegunaan |
Sabtu, 20 Desember 2008
TANAMAN HERBAL BERKHASIAT
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar