  |  Herbs |  Dec 10, '08 9:16 AM for  everyone |         TIN /POKOK ARA
  Pengenalan
  Pokok Ara ( ficus) merupakan genus untuk kira-kira 800  spesies pokok berkayu, pokok renek, dan pokok menjalar dalam famili moraceae.  Pokok ini berasal dari seluruh kawasan tropika, dengan beberapa spesies yang  bertumbuh juga di kawasan iklim sederhana yang hangat. Kebanyakan spesies adalah  malar hijau, sedangkan pokok-pokok di kawasan iklim sederhana dan kawasan yang  mempunyai musim kering yang panjang adalah pokok luruh daun.Genus ini termasuk  satu spesies, Common fig (F. carica), yang menghasilkan buah perdagangan yang  dipanggil "buah ara". Buah daripada banyak spesies yang lain juga boleh dimakan  walaupun tidak beberapa popular. Contoh-contoh pokok ara yang lain termasuk  Pokok Bo dan subgenus banyan. Terdapat Pokok Ara Wild Willowleaf yang luar biasa  besarnya di Afrika Selatan yang dilindungi oleh Simpanan Alam Semula Jadi  Wonderboom. Pokok ara boleh juga dibiakkan dengan mudah daripada keratan  tunas.
  Khasiat dan kegunaan
  Jika dimakan yang kering (Tidak terlalu Banyak)  terhindar dari bahan-bahan keracunan Melicinkan tekak dan dada , mencuci hati  dan jantung m,embersihkan lendir-lendir yang terdapat di dalam usus-usus. Jika  dimakan masih basah menghilangkan penyakit buasir.Jika dimakan bersama buah pala  sekiranya sebelum terminum/termakan racun pembunuh akan terselamat
  Pokok Ara merupakan sumber yang baik untuk flavonoid  dan polifenol. [1]. Apabila buah ara disukat untuk kandungan bahan  antioksidanya, didapati bahawa 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang  sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida plasma. [2]  Pokok Ara juga mengandungi kandungan serabut yang terbanyak, berbanding  buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar
 
 
  DELIMA
  Nama botani: Punica grantum
  Buah Delima yang dikenali sebagai “ Buah dari syurga  â€,telah disebut dalam Al Quran sebagai salah satu buah yang boleh diperolehi  di halaman syurga. Ianya turut diakui oleh pakar sains sebagai buah yang kaya  dengan keunikan dan keistimewaan semulajadinya.Ianya dapat dinilai daripada  kandungan anti-oksidanya yang tinggi membuatkan buah ini berbeza daripada yang  lain.
  Kandungan anti-oksida yang didapati didalam buah ini  dikenali sebagai “Polyphenol†. Ia mempunyai 3x ganda kebaikan anti-oksida  berbanding “Green Teaâ€. Keberkesanannya telah terbukti bagi membantu dalam  memelihara kulit dari pencemaran oksida(bahan kimia,virus dan  bakteria).
  Salah satu bahan utama  yang bertindak sebagai pelengkap kepada khasiat keseluruhan Buah Delima adalah  dikenali sebagai Ellagic Acid. Fungsi utamanya adalah untuk memfokuskan kepada  proses peneutralan radikal bebas yang berupaya membantu dalam melambatkan proses  penuaan. Kandungannya yang diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Iron sangat baik  untuk membantu merangsangkan fungsi sel kulit sihat, seterusnya membantu memberi  kesegaran kepada kulit serta memastikan kulit sentiasa nampak cerah dan berseri  bak delima.
  Nama perkebunan delima  ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang  berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran  Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di  pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima  tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya  9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar  segar.
  Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun  delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan,  putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang  sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk  perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah  swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang  diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan.  Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran  Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan  zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia  juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit  jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan  asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat  kek.
  Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat  mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang  lawas pengahadhaman. (dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H  Farooqi)
  Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica  granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga  mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima  dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang  kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Buah delima juga boleh  memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta  sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Walaupun begitu buah delima  masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan  air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu  memegang dinding saluran perut.
  Namun begitu terdapat  kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat di jadikan ubat luka-luka yang  teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan  dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.
   
 
  TERUNG PIPIT
  Nama botani:  Solanum tarvum
  Famili: Solanaceae
  Pengenalan
  Pokok renek yang  tumbuh tegak hingga 3 meter tinggi, banyak cabang, duri pada batang daun dan tangkai  bunga. Daun ringkas bersusun selang seli.Bunga dalam jambak kecil,
   bercabang mempunyai 50-100 bunga.Buah jenis beri,  kecil berwarna hijau dan hijau muda. Terung pipit gemarkan tanah yang lembap dan tidak  terlalu basah. Pembiakan melalui biji atau diasingkan bahagian tunas  berakar. Terung pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan  di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya adalah  Antilles. Berdasarkan kajian terung pipit mengandungi 2%  protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat dan mengandungi banyak fosforus,  sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C serta sedikit vitamin  BI. Terung  pipit juga dikatakan mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali  sebagai solasodin sebanyak 0.84%. Steroid ini penting untuk menghasilkan pil perancang  keluarga.
  Khasiat dan  kegunaan Terung pipit biasanya dimakan mentah atau dicelur  untuk dibuat ulam. Seluruh bahagian ditumbuk lumat cecairnya digunakan  sebagai penawar bisa ular dan gigitan serangga.Buah dimakan untuk melegakan  sakit perut. Daun yang ditumbuk lumat cecirnya disapi pada kulit terbakar.Akar yang  ditumbuk lumat disapu pada kulit pada kaki yang retak, tempat yang bengkak untuk  hilangkan sakit dan supaya darah dapat beredar dengan baik juga demam  panas,pitam dan sawan.
  TENGGEK  BURUNG
  Nama botani:  Euodia  redlevi Famili: Rutaceae Pengenalan
  Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa  dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang  agak kelat dan ianya rangup.
  Khasiat dan  kegunaan
  Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat  darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal  belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh  dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani  selain dapat  menyegarkan badan.
 
  AKAR MENGKUNYIT
  Nama botani: Coscinumm  Blumeanum
  Famili:
  Pengenalan
  Mengkunyit ialah  sejenis tumbuhan liar yang biasa dijumpai di hutan dan belukar.Ia merupakan  sejenis tumbuhan memanjat yang dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian sepuluh  kaki (dengan memanjat pada tumbuhan lain atau sokongan). Daunnya lebar dan  panjang berukuran 7 x 20 cm. Terdapat dua jenis mengkunyit iaitu mengkunyit emas  dan mengkunyit perak dibezakan oleh warna daunnya.
  Khasiat dan kegunaan
  Mengkunyit digunakan sebagai ubat resdung yang  berkesan dalam perubatan tradisional melayu. Herba ini dapat menghilangkan  gatal-gatal di muka, kulit kepala dan hidung, sering bersin dan hidung berair,  berjerawat di muka, gatal-gatal di kuku kaki dan tangan. Ia juga mengandungi  kesan antibiotik terhadap beberapa jenis bakteria dan kulat. Kandungan flavanoid  yang tinggi dalam tumbuhan ini menyebabkan fungsinya bertindak sebagai anti  oksida yang dapat mengeluarkan histemin dan zat-zat alergi yang lain. Satu lagi kelebihan  herba ini ialah membantu meningkatkan kadar vitamin C dalam tubuh yang  melindungi kerosakan akibat radikal bebas dan menguatkan sendi.
 
  TURI / GETI
 
  Nama botani  :  Sesbania  grandiflora
  Famili:  Lenguminasae Pengenalan Asalnya, pokok ini adalah tumbuhan yang meliar di  hutan, namun disebabkan kecantikan banyak ditanam sebagai hiasan. Bunganya  berwarna merah atau putih bergantung kepada spesies dan berbentuk seperti paruh  burung. Buah dalam bentuk seperti kacang panjang yang mana ia meletup apabila  masak. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini berbatang lurus dan banyak  dahan serta boleh mencapai tahap ketinggian tiga hingga lima meter. Khasiat dan  kegunaan Dalam perubatan berasaskan herba, pucuk atau daun muda  turi lebih banyak digunakan kerana dikenal pasti sebagai mempunyai khasiat.  Mengikut kajian, setiap 100 gram daun muda yang dimakan, ia mengandungi 77.2g  air, 8.4mg protein, 1.1g lemak, 9.7g karbohidrat, 1.8g serat dan 181mg kalsium.  Selain itu, ia juga menyimpan 29mg fosforus, 0.3mg ferum, 23mg natrium, 356mg  kalium, 0.6mg vitamin B1, 0.71mg vitamin B2 dan 11mg vitamin C serta 2.4mg  niasin. Kandungan zat-zat tertentu yang penting untuk  pertumbuhan tulang dan tumbesaran dalam daun muda turi membuktikan bahawa herba  ini mempunyai banyak khasiat dan kegunaan untuk manusia. Pegawai Laboratori  Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul  Manap memberitahu, masyarakat Melayu sebelum ini menjadikan daun dan bunga turi  sebagai sayur atau ramuan masak gulai. Rebusan akar pokok turi selalunya diminum untuk  mengurangkan batuk dan membuang kahak.Kulit muda batang pokok turi juga  mempunyai khasiat tersendiri iaitu dengan meminum rebusannya. Air rebusan kulit  pokok turi boleh melegakan demam dan pening kepala.
 
 
  PERIA
  Nama botani: Momordica charantia L.
  Famili:  Cucurbitaceae
  Pengenalan
  Ia banyak terdapat di  kawasan tropika. Di Semenanjung Malaysia peria ditanam di sekitar rumah atau di  kebun tetapi kadang-kadang hidup liar. Pokok peria memanjang menggunakan sulur  paut manakala daunnya kecil dengan lima cuping telinga yang jelas sementara  bunganya berwarna kuning. Buah peria berbentuk meruncing di kedua-dua hujung  dengan kulitnya berkedut-kedut dan berwarna hijau tua ketika masih muda. Selain  dimasak, buah muda peria selalu dibuat jeruk manakala bunganya pula boleh  digunakan sebagai perisa makanan.
 
  Bagi mengurangkan rasa pahit,  biasanya buah peria yang telah dihiris direndam terlebih dahulu dengan air  garam. Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk  kesihatan. Setiap 100 gram (g) peria mengandungi 0.8g protein untuk membina  tisu-tisu badan, 2.9g karbohidrat untuk tenaga, 0.9g fiber untuk penghadaman dan  56 miligram (mg) kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Peria juga  mengandungi 140ug karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1mg),  fosforus (10mg) dan kalium (116mg). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk  metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Khasiat dan  kegunaan Buah peria muda selalunya dijadikan sebagai tonik yang  berkesan untuk membersihkan darah. Amalan memakan peria bagus untuk pesakit darah tinggi  dan kencing manis di samping merawat batuk serta mengubati cirit-birit. Peria  juga bertindak sebagai antiradang, menurunkan panas, menyegarkan badan dan  mematikan cacing. Sama ada dimakan atau disapukan, buah peria boleh mematangkan  bisul, menyuburkan rambut bayi dan menghilangkan parut luka. Daun peria yang  ditumbuk halus bersama-sama kunyit boleh dijadikan ubat sapu untuk menghilangkan  gatal akibat campak. Air rebusan daunnya pula boleh mengatasi masalah susah  membuang air besar. (Zainal Abidin, kurator muzium Negara).
 
 
  KADUK/ SIRIH DUDUK
  Nama botani:  Piper sarmentosum  Roxb. Famili:  Piperraceae
  Pengenalan Herba jenis memanjat  yang terdapat di kawasan iklim panas.
  Daunnya lembut  berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli  manakala bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Pokok herba menjalar  ini banyak terdapat di China sehingga ke Borneo, Semenanjung Malaysia dan  Kepulauan Jawa. Hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah  sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan  batang.
  Khasiat dan kegunaan
  Ulam jenis sayur ini mungkin sudah begitu dikenali,  terutama di kalangan orang Melayu yang menjadikannya sebagai perisa atau  campuran gulai masak lemak dengan ikan bilis. Menjadi pembuka selera  apabila direbus atau dicelur dan dimakan bersama-sama sambal belacan. Pucuk serta daun kaduk  juga selalu dimakan mentah sebagai kerabu iaitu selepas ia diracik-racik halus.  Air rebusan daunnya yang diminum berkhasiat untuk mengubati lemah-lemah, lenguh  dan bisa badan di samping melegakan sakit tulang. Selepas menikmati kelazatan  daun kaduk direbus bersama sambal belacan, air rebusannya pula boleh terus  diminum begitu saja. Untuk mendapatkan khasiat sebenarnya, pastikan anda  tidak merebus terlalu lama, memadai sehingga ia menggelegak. Daunnya yang telah  ditumbuk pula boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala dan ubat panau iaitu  dengan menggosokkannya ke kulit yang dijangkiti
  (Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin  Jamaluddin)
 
 
  KANTAN Nama botani:  Phaeomeria speciosa Koord
  Famili:  Zingeberaceae
  Pengenalan
  Herba hidup semusim. Pokok herba monokot yang berasal  dari Malaysia ini ditanam di sekitar rumah untuk jambak bunganya dengan  menggunakan rizomnya untuk pembiakan. Daun yang agak panjang dan juga rizom di dalam tanah  manakala jambak bunganya besar dan mempunyai involuker braktea berwarna steril.  Jambak bunganya juga mempunyai tangkai yang panjang dan terkeluar dari pangkal  tunas daun menyebabkan ia kelihatan cantik dan unik. Selalunya jambak bunga  kantan yang masih muda dan belum mengembang merupakan perencah utama untuk  membuat kuah laksa utara. Laksa dan kantan sememangnya tidak dapat  dipisahkan.
  Khasiat dan  kegunaan
  Bagi suku kaum Mandailing, bunga kantan menjadi ramuan  terpenting untuk masakan pucuk ubi tumbuk yang digoreng bersama serai racik,  ikan bilis dan terung rembang. Ramuan untuk lauk asam pedas dan tomyam. Bau bunga  kantan yang harum dan unik menjadikan masakan lebih menyelerakan. Selain bunga  kantan, buahnya juga boleh digunakan sebagai perasa makanan, malah di sesetengah  tempat buah kantan yang telah ranum juga dimakan begitu saja. Kantan juga berkhasiat  untuk mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.
  Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air  rebusan buah kantan. Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air  rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga. Jika diamalkan selalu, ia bukan saja  melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair.  Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan  dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.
  (Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin  Jamaluddin)
   
  TERUNG TELUNJUK
  Nama botani:  Zingiber zerumbit.
  Famili: Zingeberaceae
  Pengenalan
  Khasiat dan  kegunaan Ia  paling popular sebagai bahan untuk dijadikan sebagai rebusan mandian wanita  lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang memang telah terbukti malah  diakui ramai dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan  wanita. Bagaimanapun, dalam penyediaan air mandian wanita  lepas bersalin, daun-daun herba lain turut dicampur dan direbus bersama untuk  menambah khasiatnya. Selain popular sebagai campuran rebusan air mandian,  lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. memberitahu, bahagian  rizom atau muda dan daun lempoyang digunakan dalam perubatan tradisional. Rizom  muda lempoyang dimakan sebagai ulam untuk meningkatkan selera makan. Untuk mendapatkan  kesan yang baik, sekali gus menyelesaikan masalah kurang selera makan,  pengambilan rizom muda perlu dilakukan berterusan. Rizom muda yang  dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda  boleh pula membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
  (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)
   
 
  GELENGGANG KECIL
  Nama botani: Cassia tora
  Famili: Leguminosae. nama lain: Gelenggang  padang
  Pengenalan
  Khasiat dan  kegunaan
  Selain mengubati sakit telinga juga boleh melegakan  bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut. Herba ini juga  berkhasiat mengurangkan suhu badan, melegakan sakit kaki, gout dan  seliuh. Sakit telinga, biji gelenggang kecil digoreng tanpa  minyak atau digoreng bersama pasir terlebih dahulu. Selepas digoreng, biji  gelenggang itu ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia  disapu atau dititikkan ke dalam telinga. Cara yang sama juga  dilakukan bagi mengubati sakit gigi. Bagi sakit ulser mulut, daun gelenggang kecil direbus  dan kemudian dikumur-kumurkan. Untuk mengurangkan suhu badan terutama ketika demam,  air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan. Bagi sakit gout,  bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu  dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan.
  (Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap)
 
 
  KELADI TIKUS
  Nama botani: Typhonium flagelliformae
  Nama lain: Birah keladi
  Khasiat dan kegunaan Mempunyai khasiat  tinggi yang mampu mencegah seseorang daripada dijangkiti kanser atau mengelakkan  penyakit itu daripada merebak. Caranya ialah dengan merebus ubi keladi tersebut dan  kemudian meminum sedikit airnya. Pengambilan berlebihan air rebusan ubi keladi tikus  dikhuatiri akan menimbulkan kesan sampingan kepada pesakit. Kalau boleh minum  sedikit sahaja iaitu antara dua atau tiga sudu setiap hari..
  Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains,  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap
 
  PECAH BELING / LIDAH  JIN
  Nama botani: Strobilanthes Crispus
  Famili:  Acanthaceae. Pengenalan
  Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes  crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal  dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya  oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah  Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama  pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia,  pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.  Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara  tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga  sebagai agen diuretik
  Khasiat dan  kegunaan Selepas dibersihkan, pokok itu yang dicabut  keseluruhan batang dan akarnya boleh direbus selama kira-kira 10 minit. Biarkan  ia mendidih sehingga air yang digunakan berkurangan satu pertiga daripada paras  awal. Selepas air rebusan menjadi suam, bolehlah ia diminum. Ia mujarab jika  selalu diamalkan. Selain mengurangkan komplikasi sakit darah tinggi,  kencing manis dan batu karang, pecah kaca juga membantu merawat gejala kencing  tidak lawas.
  KELADI  KEMOYANG
  Nama botani:  Homalomena pendula
  Famili:  Araceae
  Pengenalan
  Khasiat  dan  kegunaan Membantu mempermudahkan ibu-ibu bersalin pokok keladi  kemoyang selalu dijadikan selusuh oleh ibu dan bakal-bakal ibu. selalunya seluruh  pokok termasuk daun dan akarnya direbus sebelum air rebusan diminum oleh wanita  yang akan bersalin. Pengambilan rebusan pokok keladi kemoyang ini biasanya  dilakukan beberapa minggu dari tarikh jangkaan bersalin. Air rebusan ini boleh  membantu proses kelahiran bayi malah kadang-kadang ibu-ibu tidak perlu terlalu  meneran ketika bersalin. Daun keladi kemoyang juga selalu dijadikan ramuan  mandian lepas bersalin di samping dijadikan alas tungku. Keladi kemoyang turut  digunakan untuk mengubati kembung perut iaitu dengan melayurkan daunnya di atas  api sebelum ditekapkan dan dibalutkan pada perut. Sebelum dilayur dan  ditekapkan di atas perut, daunnya perlu disapukan dengan minyak terlebih  dahulu. Selain itu, pokok keladi kemoyang yang dihancurkan  boleh menghilangkan bau hanyir ikan.
  (Pegawai Laboratori  Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul  Manap)
   
  KEEMBONG 
  Nama botani:  Impatiens balsamina
  Famili: Balsaminaceae
  Pengenalan Keembong selalunya dijadikan pokok hiasan di halaman  rumah. pokoknya mempunyai bunga berwarna merah seakan-akan  bunga ros serta mengeluarkan buah yang meletup selepas masak.khasiat dan  kegunaan Boleh digunakan untuk merawat luka-luka  kecil.
  Daun dan bunga keembong boleh digunakan untuk merawat  cagu atau kuku bernanah, menghentikan perdarahan luka dan melegakan bisa gigitan  binatang. daun keembong ditumbuk lumat dan ditampalkan pada cagu  jari kaki atau kuku jari tangan yang bernanah untuk mengurangkan  sakit. Cara  yang sama juga digunakan iaitu menampal dan membalut daun yang telah lumat pada  luka untuk menghentikan perdarahan. Daun tersebut perlu dibiarkan sehingga kering sebelum  digantikan dengan daun lumat yang baru sebagai rawatan susulan. Bagi mengurangkan  sakit akibat bisa gigitan binatang, bunga keembong dikunyah sehingga hancur dan  berlendir sebelum ditampal pada tempat gigitan. Sebelum menampalkan  bunga yang telah dikunyah, bisa tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu  dengan memicit tempat gigitan sehingga darah terhenti. Bagaimanapun, proses  itu cuma untuk mengurangkan kesakitan akibat bisa binatang tersebut sementara  menunggu rawatan rapi.
  (Tajuddin abd.  Manap,Pegawai laboratori fitoubatan upm)
 
 
  ATI-ATI
  Nama botani: Solesnostemon secutellaroides
  Famili: Labiate. Pengenalan Pokok ini  dikategorikan sebagai herba saka yang mempunyai batang lembut sukulan dan boleh  mencapai ketinggian satu meter. Dijadikan pokok hiasan kerana daunnya yang cantik  berwarna merah hati keunguan. Pokok ati-ati kacukan pula mempunyai daun  berwarna-warni. Khasiat dan kegunaan Selain mengubati  bisul, daun ati-ati juga boleh melegakan sakit kepala, demam, batuk, lelah dan  bengkak. Bagi melegakan sakit bisul, daun ati-ati dilumatkan terlebih dahulu  sebelum ditampal di sekeliling tempat yang ditumbuhi bisul. Daun tersebut kemudian  dibalut dengan kain dan dibiarkan sehingga kering dan mengeras. Langkah tersebut  diulang sehingga bisul masak dan pecah sendiri. Selain mengurangkan  sakit akibat denyutan, daun lumat yang ditampal membantu memecahkan bisul dengan  sendiri apabila ia sudah kering dan keras. Langkah yang sama juga perlu  dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan bengkak. Untuk melegakan demam  dan sakit kepala, daun yang telah dilumatkan dilekap dan diikat dengan kain pada  dahi. Bagi  sakit batuk dan lelah pula, sekeping daun ati-ati perlu dilayur di atas api dan  dicampurkan kapur makan pada permukaan daun. Daun yang masih panas itu kemudian  ditampal dan dibalut di leher. Langkah ini perlu diulang beberapa  kali.
 
 
  SIREH
  Nama botani: Piper batle L.
  Famili:  Piperaceae
  Pengenalan
  Tumbuhan atau pokok  renek yang memanjat dengan daunnya berbentuk lonjong lancip ke bawah. Ia mempunyai peranan,  daya tarikan dan kegunaan yang tersendiri dalam kehidupan dan tradisi  masyarakat. Khasiat dan kegunaan Sesetengah orang  memakannya begitu saja bersama-sama pinang, gambir dan kapur yang mana  pemakanannya turut dikaitkan dengan penjagaan gigi. Sirih juga menjadi  salah satu barangan utama sebagai tanda adat ketika upacara merisik, meminang,  pertunangan dan pernikahan. Di sebalik itu, sirih juga sebenarnya mempunyai  khasiat tersendiri yang disedari atau tidak disedari oleh masyarakat selama  ini. Khasiatnya ialah merawat sakit perut, kembung, hidung  berdarah, kencing tidak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan serta bau  mulut. Untuk  melegakan sakit perut dan menghilangkan bau badan serta bau mulut, lima atau  enam helai daun sirih perlu direbus terlebih dahulu. Ambil segelas air  rebusan itu dan kemudian dikumur-kumurkan. Segelas lagi diminum dua kali sehari  iaitu pada pagi dan petang. Bagi masalah hidung berdarah kerana kepanasan, sehelai  daun sirih digulung dan dimasukkan ke dalam hidung selama setengah  jam. Pesakit  perlu bernafas menggunakan mulut dan mendongakkan kepala ketika duduk. Untuk  mengatasi masalah kegatalan mata, tiga atau empat helai daun sirih direbus dan  kemudian air rebusan yang telah suam atau sejuk disimbahkan ke mata serta  diulangi tiga kali sehari. Manakala, bagi sakit kembung perut, beberapa helai  daun sirih ditumbuk halus dan dilumatkan atau dilekatkan pada perut. Dengan memakan daun  sirih bersama-sama buah pinang boleh melawaskan kencing. Sementara itu, selain  mengubati penyakit, sirih boleh menghalau semut jika daunnya yang diracik-racik  diletakkan di laluan mereka.
   
   
  JAMBU BATU /  BIAWAS
   
  Nama botani:  Psidium  guajava L.
  Famili:   Myrtaceae
  Pengenalan
   
  Khasiat dan  kegunaan Daun jambu batu juga digunakan untuk mengubati kudis,  ruam, seriawan mulut (ulser) dan kencing manis. Bagi masalah jerawat, satu atau  dua genggam pucuk muda direbus terlebih dahulu dan kemudian dilap atau disapukan  pada muka menggunakan tuala putih bersih. Biarkan muka dibasahi  air rebusan dan apabila sudah kering, basahkan semula tuala tersebut dengan air  rebusan itu dan ulangi langkah tersebut. Pada waktu malam,  ambil tuala yang dibasahkan dengan air rebusan yang masih panas atau suam,  kemudian diperah separuh airnya sebelum ia tekapkan di muka selama lima minit.  Kedua-dua kaedah itu perlu diulangi dua atau tiga kali. Ia lebih berkesan jika  setelah selesai bahagian muka yang ditumbuhi jerawat digosokkan pula dengan ibu  kunyit yang dibelah dua. Sambil cuba menahan kepedihan, gosokkan ku-nyit itu  selama 10 minit sebelum dibilas atau dibasuh dengan air bersih. Bagi penyakit kudis  dan ruam terutama yang banyak dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak, air rebusan  pucuk muda dan daun matang direbus sebelum dijadikan air mandian ketika ia masih  suam. Ia  perlu dilakukan setiap kali mandi iaitu sekurang-kurangnya dua kali sehari dan  teruskan sehingga seminggu sebelum melihat hasilnya. Penyakit seriawan  mulut dirawat dengan menggunakan air rebusan pucuk muda untuk berkumur-kumur dua  atau tiga kali sehari. Sementara itu, bagi merawat kencing manis dan  mengurangkan kolesterol, buah jambu batu muda atau mengkal ditumbuk kasar  sebelum direbus dan airnya diminum dua kali iaitu pada waktu pagi dan sebelum  tidur.
 
 
  KENANGA/ YLANG-YLANG
  Nama botani: Canangium adoratum
  Famili:  Annonaceae
  Pengenalan.
  Dengan bunganya yang  cantik dan wangi, kenanga menjadi pokok hiasan yang tidak asing lagi di  Malaysia. CANANGA ODORATA dalam bahasa Latin dan dikatakan berasal dari  Malaysia. Pokok ini boleh ditemui di negara-negara Asia Tenggara  manakala spesies lain juga terdapat di Afrika. Di Malaysia, pokok ini banyak  hidup meliar di hutan-hutan. Tingginya boleh mencapai 30 dan 35 meter.   Batangnya lurus, berwarna kelabu asap dan terdapat dahan-dahannya yang agak  melentur. Daunnya pula membujur tirus dengan tujuh hingga 23sm panjang dan empat  hingga 10sm lebar. Bunganya berwarna kuning bergugus-gugus membentuk mahkota  dikelilingi tiga helai daun hijau dengan jambak kembang enam kelopak. Di setiap  jambak terdapat tujuh biji buah yang berbentuk bujur. Selain tarikan pada  kecantikannya, bunga kenanga juga mempunyai kegunaan lain termasuk dalam  perubatan berasaskan herba.
  Khasiat dan  kegunaan Bunga kenanga berkhasiat mengubati sesak nafas, lelah  dan malaria. Bagi sakit sesak nafas, segenggam bunga kenanga yang  telah dibasuh bersih direbus dengan sedikit air sehingga masak. Ketika menggelegak,  masukkan setengah sudu gula pasir dan tunggu sehingga tahap air berkurangan  kepada satu pertiga daripada paras asal. Kemudian minum air  berkenaan sedikit demi sedikit pada waktu pagi dan petang serta ulangi amalan  ini terutama pada hari-hari diserang sesak nafas. Berbeza dengan kaedah  terdahulu, penggunaan bunga kenanga untuk mengubati lelah dan malaria adalah  lebih mudah. Ambil tiga kuntum bunga kenanga dan celurkan dalam semangkuk air  panas selama kira-kira lima minit atau sehingga air menjadi suam. Buangkan kuntum-kuntum  bunga tersebut dan kemudian minum air itu secara perlahan-lahan. Ulangi dua kali  sehari. Sementara itu, bunga kenanga turut dijadikan ramuan  untuk mandi bunga dan juga ramuan air mandian ibu-ibu lepas bersalin.
 
  LADA HITAM
  Nama botani: Piper nigrum L.
  Famili:  Piperaceae Pengenalan
  Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis  (poivre), Jerman (pfeffer), Greek (piperi), Itali (pepe), Norway (pepper),  Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam bahasa Thai,  lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi  (kali marich), Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik  noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari Malabar di pantai  barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. Di Asia  Tenggara, lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak  2,000 tahun lalu. Selain lada hitam Malabar dan Tellicherry dari India  serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang paling bermutu dan  cukup terkenal di serata dunia. Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan  dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam  perubatan berasaskan herba. Khasiat dan kegunaan Pegawai Laboratori  Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul  Manap memberitahu, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit  dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda  yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih dahulu sebelum airnya  diminum. Jumlah buah muda yang digunakan bergantung kepada  paras air dengan perbandingan satu atau dua sudu bagi setiap satu cawan  air. Selepas  masak, air rebusan perlu diminum perlahan-lahan dan amalan ini tidak perlu  diteruskan jika sakit kencing tidak lawas, cirit-birit dan pening kepala telah  sembuh. Bagi  mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk hancur dan kemudian  ditampalkan atau diikat pada dahi. Sementara itu, kata beliau, untuk menyegarkan  dan memanaskan badan ibu-ibu lepas bersalin, sedikit buah muda yang ditumbuk  dengan ikan bilis dimakan bersama-sama nasi yang masih panas.
  SEKENTUT
  Nama botani: Paederia  foetida
  Famili:  Rubiaceae
  Pengenalan
  Mengeluarkan bau  kurang menyenangkan apabila disentuh atau ditiup angin. Ia merupakan pokok  menjalar dengan daun panjang melonjong. Selalunya ia memanjat dan melilit di  pagar atau pokok lain.
  Khasiat dan  kegunaan
  Walaupun baunya kurang menyenangkan namun ramai yang  meminati daunnya untuk dijadikan ramuan dalam masakan. Bagi masyarakat  Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain  daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja. Dalam perubatan tradisional, daun  sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit  bayi. Caranya ialah dengan menumbuk halus daun sekentut lalu  diperah untuk mendapatkan airnya. Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang  dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan. Selain itu, daun sekentut  juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda.  Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum  direndam dengan air panas. Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di  kepala dan dibiarkan kering. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut  Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut  mujarab untuk membuang angin. Selain itu, juga boleh membantu mengubati sakit perut  dan bisa-bisa sendi. Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun  sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus. Apabila air  rebusan sudah menggelegak selama beberapa minit, alihkan air tersebut ke bekas  lain. Selepas ia menjadi suam atau sejuk, minum air rebusan  berkenaan dua kali sehari atau mengikut keserasian.Untuk mereka yang kerap  menghadapi masalah angin termasuk angin seluruh badan, kaedah itu boleh  diamalkan. Manakala bagi sakit perut dan bisa-bisa sendi, ia tidak perlu  diulangi selepas penyakit berkenaan sembuh.
 
  BAWANG MERAH
  Nama botani: Allium cepa L.
  Famili: Liliaceae Pengenalan Bawang merah kaya  dengan pelbagai vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C  (asid askorbik). Ia digunakan dalam Ayurveda iaitu seni perubatan terkenal di  kalangan masyarakat India yang percaya ia mempunyai khasiat tinggi mengubati  pelbagai penyakit. Khasiat dan kegunaan Dalam buku Indigenous  Drugs of India, dinyatakan bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya  boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak termasuk bengkak payu  dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika  diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati  cirit-birit. Dalam amalan tradisional, bawang digunakan untuk  menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya ialah menampal bawang  merah yang dilumatkan terlebih dahulu ke muka setiap hari. Sudah bertahun-tahun  lamanya jus bawang merah didapati berkesan untuk mengubati sengal-sengal atau  sakit sendi dan sesak nafas di merata negara. Selain itu, beberapa  kajian membuktikan ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan  kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecah  lemak dalam badan. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya  sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau  radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar. Beberapa kajian  menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan keadaan hipertensi, kandungan gula yang  tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam  darah. Sesetengah pakar herba mendakwa penggunaan bawang  merah juga boleh menghilangkan ketuat dan juga bertindak sebagai bahan  diuretik. Diuretik adalah ubat penambah air kencing dengan  menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. Ia digunakan untuk  rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma. Dalam pada itu, bawang  merah turut boleh mengubati sakit demam, angin dalam badan, luka, bisul, telinga  bernanah dan mengubati buasir. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, untuk demam  dan angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian  dicampurkan sedikit minyak kelapa. Selepas itu ia dilumurkan di kepala untuk melegakan  demam atau disapukan di perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam  badan. Air  perahan atau jus bawang merah pula disapu pada tempat luka dan di sekeliling  bisul atau dititikkan ke telinga. Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang  merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu. Kemudian ditekapkan  di lubang dubur dan diulangi beberapa kali. Memakan mentah atau  meminum jus bawang merah, ia boleh mengubati kencing manis, batuk dan selesema  serta membuang kahak dari saluran bronkial.
 
  RUMPUT SAMBAU
  Nama botani: Eleusine indica
  Famili: Gramineae (Poaceae) Pengenalan
  Khasiat dan kegunaan Rumput sambau  dipercayai amat baik untuk ibu-ibu lepas bersalin di samping dapat membantu  mengatasi masalah cacing, mengubati kembung perut, demam kuning dan melawaskan  kencing. Selain itu, ia juga dikatakan boleh melega dan  mengubati luka dan bisul. Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, seluruh pokok  rumput sambau boleh direbus untuk dijadikan air mandian ibu-ibu yang baru  bersalin. Boleh direbus begitu saja atau dicampurkan dengan herba rebusan lain  seperti serai wangi, daun pandan dan lain-lain. Untuk penjagaan perut  wanita lepas bersalin, rumput ini ditumbuk hingga lumat dan dicampurkan dengan  beras. Setelah dilumatkan, ia kemudian dilumurkan pada perut  dan selepas itu dibalut. Menurutnya, tiga rumpun akar rumput sambau pula  diperlukan untuk mengurangkan kembung perut, mengubati demam kuning, mengatasi  masalah cacing dan melawaskan kencing. Caranya ialah dengan merebus akar rumput berkenaan dan  meminumnya setelah air rebusannya tinggal satu pertiga daripada paras  asal. Untuk  mengubati luka dan bisul pula, daun rumput sambau ditumbuk lumat sebelum  dibalutkan pada bahagian berkenaan. Ia perlu dibiarkan dibalut seharian dan langkah ini  diulangi sekurang-kurangnya satu kali sehari sehingga sakit berdenyut-denyut  yang dialami berkurangan.
   
  BAYAM DURI/ BAYAM  HUTAN
   Nama botani: Amaranthus  spinosus  Famili: Amaranthaceae. Pengenalan  Khasiat dan  kegunaan Selain masalah  kulit muka dan jerawat, ia juga dipercayai dapat mengubati asma, demam,  mengatasi masalah keputihan di kalangan wanita, melawaskan kencing dan menambah  susu badan. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains  Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, terdapat dua cara untuk  melembutkan kulit muka dan mengubati jerawat. Boleh dilakukan dengan  meramas-ramas sehingga hancur terlebih dahulu daun bayam duri sebelum ia  digosokkan pada muka. Juga boleh diramas terus di muka dan disusuli dengan  menyental secara perlahan-lahan. Perlu diingat bahawa sama ada ia diramas  dahulu atau kemudian, ia tidak boleh digosok atau disental kuat kerana ia boleh  mengakibatkan kecacatan kulit muka. Proses ini dilakukan antara lima dan 10 minit sebelum  dibilas dengan air bersih serta diulangi sekurang-kurangnya sehari sekali. Daun  bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir  yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya. Tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan  bunganya dengan lima gelas air selama 10 minit. Minum air  rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk  orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak. Bagi sakit demam atau  menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum  dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Manakala untuk melawaskan  kencing dan mengatasi masalah keputihan, kata beliau, rebusan hanya menggunakan  akar bayam duri. Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum  meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia  perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan. Meminum air rebusan  akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang  haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau  madu secukup rasa http://dadilimbuksik.multiply.com/journal/item/29/Herbs      |